Monday, July 18, 2011

Nisfu Syaaban

Sabtu
16 Julai 2011
14 Syaaban 1432

Alhamdulillah kerna dipanjangkan usia dan diberi kesempatan sekali lagi untuk bersama sama dalam majlis nisfu syaaban. Nisfu Syaaban biasanya disambut dengan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali iaitu yang pertama untuk mohon agar dipanjangkan usia untuk beribadat kepada Allah SWT, yang keduanya pula untuk dimurahkan rezeki dan yang ketiga untuk ditetapkan iman didalam hati dan moga dimatikan dalam iman... Biasanya bacaan yasin ini dilakukan secara berjemaah di masjid masjid atau surau surau selepas solat maghrib. Sunat juga bagi kita untuk berpuasa pada keesokan harinya itu, iaitu pada 15 Syaaban.... Hari nisfu syaaban ini juga petanda lagi 15 hari untuk menghadapai Ramadhan.

Aku memang kalau berkesempatan selalu pergi ke majlis ini. Arwah ibuku dulu, masa aku kecil kecil sering membuat kuih kuih untuk dibawa ke surau pada hari Nisfu Syaaban ini. Kalau masa kecik dulu, yang paling fresh dalam memori ialah makan kuih lepas solat Isyak itu.. Sampai ke besar nie pun, selepas majlis itu aku pasti mencari kuih kuih yang dibawa oleh para jemaah.. Sedapnya kuih kuih nie lain macam la.. hehehehe

Aku berdoa agar aku dipanjangkan usia lagi untuk aku terus menikmati kuih kuih yang dibawa oleh para jemaah untuk majlis nisfu syaaban nie. aminnnn.. :)

Regards,
Zienit
1206PM
Kemaman

No comments:

Post a Comment