Thursday, February 2, 2012

Time Flies

2 Februari 2012
9 Rabiuawal 1433 Hijrah

Masya Allah, pantas sungguh masa berlalu.. sedang kita sibuk dengan hal hal yang lain, kadang kadang kita ambil mudah apa yang pernah menjadi dekat dihati kita... Semenjak dari last posting aku, lebih kurang bulan september 2011, banyak perkara yang telah terjadi.. Perkara pahit manis yang mana menambah warna warni kehidupan aku sebagai si fakir di dalam alam yang serba indah ini...

Pada 9 September 2011, ayahku telah mengalami kemalangan di RBW miliknya. Dia terjatuh dari ketinggian lebih kurang 15 kaki. Kecederaan yang dialami agak teruk. Sehingga saat blog ini dikarang, ayahku masih lagi menjalani proses rawatan. Namun, syukur kepadaNya, keadaan beliau telah makin pulih

Ekoran kejadian itu, banyak hal hal yang telah di ambil alih oleh aku terutamanya untuk menyambung kembali projek RBW yang tergendala. Tidak aku nafikan, ia meruapakan satu permulaan yang sukar untuk aku kerna aku tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pembinaan ini. Namu sedikit demi sedikit aku telah belajar selok belok mengenai industri ini. Tanpa aku sedari, ianya telah membuka satu peluang baru kepada ku untuk menceburkan diri dalam bidang pembinaan ini. Dengan adanya tukang tukang dari Indonesia yang aku pegang, Alhamdulillah, sudah ada 4 kerja kecil kecil yang aku pergi buat. Tak pernah terlintas di fikiran yang aku juga akan menceburkan diri dalam bidang ini..

Projek RBW juga Alhamdullillah makin elok. RBW di seberang tayur telah siap pembinaannya pada lewat disember 2011. Dalam masa yang sama, aku juga ada menolong teman untuk mendirikan RBW di atas rumah kedai miliknya. Dan juga aku menolong pak sepupu aku untuk membaik pulih RBW yang didirikannya.

Dalam kesibukan aku terlari ke sana sini, bibik pun buat sibuk untuk melarikan diri juga. hurmm.. sakit hati betul.. kerja 9 bulan dah lari lagi... hangus RM 7,500... sekarang dah ambik yang baru, kena bayar lagi RM 5,500. Yang baru nie aslinya dari lombok, tak pernah bekerja di Malaysia atau di luar Indonesia. Budak yang sangat naif, namun insyaAllah nampak gayanya mempunyai semangat untuk belajar...

Kini, kehidupan di rumah Lorong Melati 5 tak semeriah dulu. Ayah telah tinggal di KT untuk berubat. Adik yang ketiga, telah dapat kerja di CIMB, yang no 2 hilang tak dapat dikesan... So tinggallah aku dengan bini ajer kat rumah tu.. Mula mula agak sunyi, namun lama kelamaan, kami sudah jadi biasa dengan keadaan begitu...

Dalam 5 bulan ini, telah banyak rona dan duri yang aku tempuhi. Ada saat sukar, ada saat gembira. Sedar tak sedar, begitu pantas masa berlalu meninggal kan aku. Begitu pantas masa berlalu untuk meninggalkan sesiapa yang tidak menghargainya. Alangkah ruginya bagi seseorang manusia itu jika membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. Bagi aku, aku cukup gembira kerna untuk 5 bulan yang lepas, aku yakin aku telah melalui setiak detik dan hari dengan penuh bermakna, dengan penuh jaya, dengan penuh pengajaran dan dengan penuh pengalaman.

Soalan kini, apakah yang telah anda lakukan dalam hidup anda bagi 5 bulan yang telah berlalu? hanya anda sendiri dapat menjawabnya...

Monday, August 22, 2011

Update from me

Isnin
22 Ogos 2011
22 Ramadhan 1432

MasyaAllah.. Cepat sungguh masa berlalu.. Dah hampir sebulan tak update blog nie. Ramadhan juga kian menghampiri penamatnya.. Sedih pulak rasanya.. Harap harap dipanjangkan umur untuk bersama sama bulan Ramadhan lagi pada tahun hadapan.. 10 Ramadhan terakhir ini juga adalah masa untuk melipatkan gandakan amalan kita kerna Lailatulqadar pasti akan datang dalam salah satu malam yang terakhir ini...

For the past 21 days, I have been busy with Ayah's Birdhouse. Alhamdulillah, tweeter dah siap dipasang pada lantai 3 dan lantai 2.. tinggal lantai bawah ajer lagi... Then nanti buat electrical wiring and insyaAllah RBW tu dah boleh dibuka dah,,,, Dalam masa yang sama juga, aku telah membaiki 2 buah RBW milik teman.. Alhamdullillah, satu dah nampak bunga bunga kejayaan tu.. yang satu lagi tu tak sure lagi sebab baru semalam siap buat semua tu.. Nanti detail cerita pasal aku baiki RBW tu akan aku post dalam blog aku..

Itu ajerla dulu for time being.. tgh fikir nak tulis apa nie.. dah rasa berkarat jer.. nak tulis satu ayat pun bukan main lama kena fikir.. heheheh.. nanti bila dah dapat rhythm tu, aku akan post semua ye.. hehehehe

Regards,
Zienit

Monday, August 1, 2011

Balighna Ya Ramadhan

Isnin,
1 Ogos 2011
1 Ramadhan 1432

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, Apabila bulan Ramadhan telah tiba, maka dibukakanlah pintu pintu syurga dan ditutuplah pintu pintu neraka dan  diikatlah semua syaitan...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. Ramadhan menjelma lagi... Syukur kepada Allah SWT keranan memberi kesempatan kepada aku sekali lagi untuk bersama sama dalam bulan yang penuh kemuliaan ini...

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua.. Semuga mendapat keberkatan dariNya

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Regards,
Zienit

Saturday, July 30, 2011

Syukur

Jumaat,
29 Julai 2011
28 Syaaban 1432

Lama jugak dah tak update blog nie. Sampai ada teman teman yang dah start bertanya.. Maaf boss, memang bz betul minggu nie... Minggu nie aku siapkan pemasangan tweeter pada RBW milik ayahku.. Aku estimate, lagi seminggu siaplah InsyaAllah...

Itu hari, hari Rabu atau Khamis tak silap, aku dengar satu kuliah subuh yang sangat menarik. Tajuk kuliah itu ialah Syukur. Menururt ustaz itu, syukur ini sebenarnya tak cukup dengan sebutan Alhamdulillah sahaja. Ia harus disertakan bersama dengan perbuatan juga. Contoh yang diberikan oleh ustaz itu ialah jika kita mempunyai kereta. Setiap hari bila kita naik kereta kita tu, kita rasa bersyukur kerana diberi kemudahan oleh Allah SWT kepada kita. Namun kereta kita itu tidak dijaga. Kotor tak pernah di basuh, rosak tak pernah dibaiki. Jadi macam mana nak kata kita nie bersyukur.. Betul kita sering bersyukur secara batinnya, namun secara zahirnya, adakah dengan kita tidak menjaga kereta itu menunjukkan yang kita ini bersyukur?

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Aku bersyukur padaNya kerana diberi peluang sekali lagi untuk berada di dalam bulan yang mulia ini. Aku berjanji, sebaik mungkin aku akan tunjukkan secara zahir dan batin betapa syukurnya aku terhadap peluang yang diberikan ini. Tidak sabar rasanya menanti bulan yang mulia itu....

Aku juga akan menyiapkan blog RBW for dummies aku untuk menunjukkan betapa syukurnya aku diberikan peluang oleh ayahku dan juga oleh Yang Maha Agung untuk melibatkan diri didalam dunia walit yang penuh misteri ini... Akan aku kongsikan ilmu yang tak seberapa ini untuk manfaat sekalian manusia...

Dan aku juga akan menjaga diriku, isteriku, anakku dan juga keluargaku tanda kesyukuranku kepadaNya kerana diberi peluang untuk hidup dan untuk menikmati kenikmatan diatas dunia ini. Akan aku turut segala perintah KepadaNya, kerana Dialah yang memberikan aku segalanya... Namun bila cakap nak jaga diri nie, kena berhenti hisap rokok la nampak gayanya.. Sebab merokok tu membahayakan kesihatan.. Nanti nampak tak bersyukur pulak aku kepada nyawa yang diberikan ini... Alamak.. Mcm mana nak jawab nie? hehehe.. bolehke nak berhenti?? adusss

Regards,
Zienit
1111PM

Thursday, July 21, 2011

7 Signs that your child loves you

Khamis
21 Julai 2011
20 Syaaban 1432

This is an article which I cut and paste from my weekly subscription...

1. Your newborn stares into your eyes.

He's actually working hard to memorize your face. He doesn't understand anything else about the world, but he knows you're important.

2 Your baby thinks about you even when you're not around.

Between 8 and 12 months old, she'll start to scrunch her face and look around when you leave the room — and she'll smile when you return.

3 Your toddler throws wicked tantrums.

Nope, those screaming fits don't mean he's stopped loving you. He wouldn't be so hurt and angry if he didn't trust you so deeply.

4 Your toddler runs to you for comfort when she falls down or feels sad.

Kids this age may not truly understand the meaning of "I love you," but their actions speak louder than words.

5 Your preschooler gives you a gift.

A flower picked from a garden, a finger-painted heart, a sparkly rock, or another small token is his way of saying you're special.

6 Your preschooler wants your approval.

She'll start to be more cooperative around the house, and she'll look for chances to impress. "Look at me!" will become a catchphrase.


7 Your grade-schooler trusts you with secrets, like his first crush or his most embarrassing moment.

You're his confidante, even if he shies away from your hugs in public.


Regards,
Zienit
Kemaman

Monday, July 18, 2011

Dinner Sempena Nisfu Syaaban

Ahad,
17 Julai 2011
15 Syaaban 1432

Hari nie tiba tiba ada mood untuk masak pulak. Bini pulak bagitau nak makan steak sandwich. Kena elok pulak hari nisfu syaaban. So okaylah. Bolehlah masak in conjunction with Nisfu Syaaban Celebration. Decided to make steak sandwich for the dinner. Aku nie sebenarnya suka masak, tapi kalau masak tu selalu orang cakap macam over. hahahaha.

The dinner was great.. Duduk kat luar, udara fresh... Sembang sembang sampai kul 12 tgh malam.. Borak borak kosong ajer.. Tapi apa yang penting ialah quality time spent with the family...
Daging yang tengah di marinate

Persiapan untuk dinner malam nie
Table Set For Dinner
garden dinner
Buttler - Fina
Chef at work
patutla roti hangus. sempat lagi nak posing
Zafril baca doa dalam english
Muka kenyangg...
Steak sandwich with jacket potato
Apple pie with ice cream

Regards,
Zienit
1312 HRS
kemaman

Nisfu Syaaban

Sabtu
16 Julai 2011
14 Syaaban 1432

Alhamdulillah kerna dipanjangkan usia dan diberi kesempatan sekali lagi untuk bersama sama dalam majlis nisfu syaaban. Nisfu Syaaban biasanya disambut dengan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali iaitu yang pertama untuk mohon agar dipanjangkan usia untuk beribadat kepada Allah SWT, yang keduanya pula untuk dimurahkan rezeki dan yang ketiga untuk ditetapkan iman didalam hati dan moga dimatikan dalam iman... Biasanya bacaan yasin ini dilakukan secara berjemaah di masjid masjid atau surau surau selepas solat maghrib. Sunat juga bagi kita untuk berpuasa pada keesokan harinya itu, iaitu pada 15 Syaaban.... Hari nisfu syaaban ini juga petanda lagi 15 hari untuk menghadapai Ramadhan.

Aku memang kalau berkesempatan selalu pergi ke majlis ini. Arwah ibuku dulu, masa aku kecil kecil sering membuat kuih kuih untuk dibawa ke surau pada hari Nisfu Syaaban ini. Kalau masa kecik dulu, yang paling fresh dalam memori ialah makan kuih lepas solat Isyak itu.. Sampai ke besar nie pun, selepas majlis itu aku pasti mencari kuih kuih yang dibawa oleh para jemaah.. Sedapnya kuih kuih nie lain macam la.. hehehehe

Aku berdoa agar aku dipanjangkan usia lagi untuk aku terus menikmati kuih kuih yang dibawa oleh para jemaah untuk majlis nisfu syaaban nie. aminnnn.. :)

Regards,
Zienit
1206PM
Kemaman