Saturday, July 30, 2011

Syukur

Jumaat,
29 Julai 2011
28 Syaaban 1432

Lama jugak dah tak update blog nie. Sampai ada teman teman yang dah start bertanya.. Maaf boss, memang bz betul minggu nie... Minggu nie aku siapkan pemasangan tweeter pada RBW milik ayahku.. Aku estimate, lagi seminggu siaplah InsyaAllah...

Itu hari, hari Rabu atau Khamis tak silap, aku dengar satu kuliah subuh yang sangat menarik. Tajuk kuliah itu ialah Syukur. Menururt ustaz itu, syukur ini sebenarnya tak cukup dengan sebutan Alhamdulillah sahaja. Ia harus disertakan bersama dengan perbuatan juga. Contoh yang diberikan oleh ustaz itu ialah jika kita mempunyai kereta. Setiap hari bila kita naik kereta kita tu, kita rasa bersyukur kerana diberi kemudahan oleh Allah SWT kepada kita. Namun kereta kita itu tidak dijaga. Kotor tak pernah di basuh, rosak tak pernah dibaiki. Jadi macam mana nak kata kita nie bersyukur.. Betul kita sering bersyukur secara batinnya, namun secara zahirnya, adakah dengan kita tidak menjaga kereta itu menunjukkan yang kita ini bersyukur?

Sedar tak sedar, lagi beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. Aku bersyukur padaNya kerana diberi peluang sekali lagi untuk berada di dalam bulan yang mulia ini. Aku berjanji, sebaik mungkin aku akan tunjukkan secara zahir dan batin betapa syukurnya aku terhadap peluang yang diberikan ini. Tidak sabar rasanya menanti bulan yang mulia itu....

Aku juga akan menyiapkan blog RBW for dummies aku untuk menunjukkan betapa syukurnya aku diberikan peluang oleh ayahku dan juga oleh Yang Maha Agung untuk melibatkan diri didalam dunia walit yang penuh misteri ini... Akan aku kongsikan ilmu yang tak seberapa ini untuk manfaat sekalian manusia...

Dan aku juga akan menjaga diriku, isteriku, anakku dan juga keluargaku tanda kesyukuranku kepadaNya kerana diberi peluang untuk hidup dan untuk menikmati kenikmatan diatas dunia ini. Akan aku turut segala perintah KepadaNya, kerana Dialah yang memberikan aku segalanya... Namun bila cakap nak jaga diri nie, kena berhenti hisap rokok la nampak gayanya.. Sebab merokok tu membahayakan kesihatan.. Nanti nampak tak bersyukur pulak aku kepada nyawa yang diberikan ini... Alamak.. Mcm mana nak jawab nie? hehehe.. bolehke nak berhenti?? adusss

Regards,
Zienit
1111PM

No comments:

Post a Comment