Thursday, February 2, 2012

Time Flies

2 Februari 2012
9 Rabiuawal 1433 Hijrah

Masya Allah, pantas sungguh masa berlalu.. sedang kita sibuk dengan hal hal yang lain, kadang kadang kita ambil mudah apa yang pernah menjadi dekat dihati kita... Semenjak dari last posting aku, lebih kurang bulan september 2011, banyak perkara yang telah terjadi.. Perkara pahit manis yang mana menambah warna warni kehidupan aku sebagai si fakir di dalam alam yang serba indah ini...

Pada 9 September 2011, ayahku telah mengalami kemalangan di RBW miliknya. Dia terjatuh dari ketinggian lebih kurang 15 kaki. Kecederaan yang dialami agak teruk. Sehingga saat blog ini dikarang, ayahku masih lagi menjalani proses rawatan. Namun, syukur kepadaNya, keadaan beliau telah makin pulih

Ekoran kejadian itu, banyak hal hal yang telah di ambil alih oleh aku terutamanya untuk menyambung kembali projek RBW yang tergendala. Tidak aku nafikan, ia meruapakan satu permulaan yang sukar untuk aku kerna aku tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pembinaan ini. Namu sedikit demi sedikit aku telah belajar selok belok mengenai industri ini. Tanpa aku sedari, ianya telah membuka satu peluang baru kepada ku untuk menceburkan diri dalam bidang pembinaan ini. Dengan adanya tukang tukang dari Indonesia yang aku pegang, Alhamdulillah, sudah ada 4 kerja kecil kecil yang aku pergi buat. Tak pernah terlintas di fikiran yang aku juga akan menceburkan diri dalam bidang ini..

Projek RBW juga Alhamdullillah makin elok. RBW di seberang tayur telah siap pembinaannya pada lewat disember 2011. Dalam masa yang sama, aku juga ada menolong teman untuk mendirikan RBW di atas rumah kedai miliknya. Dan juga aku menolong pak sepupu aku untuk membaik pulih RBW yang didirikannya.

Dalam kesibukan aku terlari ke sana sini, bibik pun buat sibuk untuk melarikan diri juga. hurmm.. sakit hati betul.. kerja 9 bulan dah lari lagi... hangus RM 7,500... sekarang dah ambik yang baru, kena bayar lagi RM 5,500. Yang baru nie aslinya dari lombok, tak pernah bekerja di Malaysia atau di luar Indonesia. Budak yang sangat naif, namun insyaAllah nampak gayanya mempunyai semangat untuk belajar...

Kini, kehidupan di rumah Lorong Melati 5 tak semeriah dulu. Ayah telah tinggal di KT untuk berubat. Adik yang ketiga, telah dapat kerja di CIMB, yang no 2 hilang tak dapat dikesan... So tinggallah aku dengan bini ajer kat rumah tu.. Mula mula agak sunyi, namun lama kelamaan, kami sudah jadi biasa dengan keadaan begitu...

Dalam 5 bulan ini, telah banyak rona dan duri yang aku tempuhi. Ada saat sukar, ada saat gembira. Sedar tak sedar, begitu pantas masa berlalu meninggal kan aku. Begitu pantas masa berlalu untuk meninggalkan sesiapa yang tidak menghargainya. Alangkah ruginya bagi seseorang manusia itu jika membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. Bagi aku, aku cukup gembira kerna untuk 5 bulan yang lepas, aku yakin aku telah melalui setiak detik dan hari dengan penuh bermakna, dengan penuh jaya, dengan penuh pengajaran dan dengan penuh pengalaman.

Soalan kini, apakah yang telah anda lakukan dalam hidup anda bagi 5 bulan yang telah berlalu? hanya anda sendiri dapat menjawabnya...

No comments:

Post a Comment